voodoo-modest
View unanswered posts | View active topics It is currently Tue Jul 22, 2014 3:16 am



Reply to topic  [ 22 posts ]  Go to page 1, 2  Next
 Riba' - Tahukah Anda? 
Author Message
Explorer

Joined: Thu Feb 02, 2012 3:19 pm
Posts: 146
Has thanked: 0 time
Been thanked: 0 time
Unread post Riba' - Tahukah Anda?
Surah Ali Imran (ayat 130): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keuntungan.

Surah Al-Baqarah (ayat 275-279,275). Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka Berkata (berpendapat), Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah Telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. orang-orang yang Telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), Maka baginya apa yang Telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. orang yang kembali (mengambil riba), Maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

276. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.

277. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

278. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.

279. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), Maka Ketahuilah, bahwa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu. dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), Maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.

280. Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, Maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.

281. Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang Sempurna terhadap apa yang Telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya.

Penerangan oleh Ustaz Zaharuddin mengenai riba dan dosa riba disisi Allah:









Wallahua'lam


Sun Apr 05, 2009 10:02 am
Share on FacebookShare on TwitterShare on TuentiShare on SonicoShare on FriendFeedShare on OrkutShare on DiggShare on MySpaceShare on DeliciousShare on TechnoratiShare on TumblrShare on Google+
Profile
Seeker

Joined: Thu Feb 02, 2012 3:16 pm
Posts: 153
Has thanked: 0 time
Been thanked: 0 time
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
Salams Bro, Cooleo
Jazakallahu khyran very good post, thank you. :D


Sun Apr 05, 2009 10:14 pm
Profile
Explorer

Joined: Thu Feb 02, 2012 3:19 pm
Posts: 146
Has thanked: 0 time
Been thanked: 0 time
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
Dari buku 40 hadis akhir zaman..

HARTA RIBA' WUJUD DI MERATA TEMPAT

Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya".
H.R. Ibnu Majah


10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah s.w.t

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."





Harapan saya dengan ilmu yang sedikit ini, semoga kita tidak tergolong didalam orang yang yang memakan riba seperti yang dinyatakan oleh hadis di atas. Amin..


Sun Apr 05, 2009 11:04 pm
Profile
Seeker

Joined: Thu Feb 02, 2012 3:16 pm
Posts: 153
Has thanked: 0 time
Been thanked: 0 time
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
cooleo wrote:
Harapan saya dengan ilmu yang sedikit ini, semoga kita tidak tergolong didalam orang yang yang memakan riba seperti yang dinyatakan oleh hadis di atas. Amin..


Amin.
Alhamdulillah, Insya-allah semoga post ini dapat memberi, satu kesan & Ilham dan pengajaran bagi semua.


Sun Apr 05, 2009 11:19 pm
Profile
Global Moderator
User avatar

Joined: Wed Jan 21, 2009 7:25 am
Posts: 4354
Location: Malaysia
Has thanked: 0 time
Been thanked: 14 times
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
Ada persoalan yg sgt menarik yg dibangkitkan oleh Sheikh Yusuf Hamza, andaikata Nabi Isa a.s diturunkan pada ketika ini, agaknya apa yg akan dilakukan Nabi Isa a.s terhadap BANK?

Renung2 kan lah.... kenapa Allah swt perlu menghantar 3 orang Nabi MEMERANGI orang2 Yahudi yg mengamalkan Riba pada waktu yg sama? Nabi Zakaria, Nabi Yahya (John The Baptist) dan Nabi Isa a.s. Lihat apa yg dilakukan oleh bangsa Yahudi terhadap Nabi2 tersebut, mereka diperangi dan dan dibunuh (kecuali Nabi Isa yg mrk perasan Nabi Isa disalib padahal diangkat oleh Allah swt), Nabi Yahya digergaji kepala.

Maka sudah pasti, andainya Nabi Isa a.s. kembali ke bumi, antara perkara pertama yg akan dilakukannya adalah "To break the banks" - memerangi riba. Pernah dibayangkan di akhirat kelak bagi mereka yg suka dgn riba' - Allah akan beri mereka senjata dan disuruh pergi memerangi Allah swt disitu juga! Betapa Allah dan Nabi melaknat mereka yg suka pada riba'.

Saya nak cerita ada seorang sahabat saya yg dahulu nya kerja bank manager. Akan tetapi setelah ia pelajari ttg hakikat riba' dan betapa Allah melaknat bukan shj kepada pemakan riba akan ttp juga mereka yg menjadi tukang kira riba', dia meletak jawatan dan sekarang berkerjaya sebagai seorang pemandu teksi walaupun dia mempunyai anak yg ramai. Akan ttp hasil drp rezeki yg berkat, kesemua anak nya berjaya di dalam pelajaran dan berkerjaya hebat2 belaka. Ini adalah iktibar yg baik sama2 kita boleh pelajari.


Mon Apr 06, 2009 1:18 am
Profile
Global Moderator
User avatar

Joined: Wed Jan 21, 2009 7:25 am
Posts: 4354
Location: Malaysia
Has thanked: 0 time
Been thanked: 14 times
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
Seperkara lagi, kalau nak ditanya:
"APAKAH PUNCA UTAMA KEMELESETAN EKONOMI DUNIA KINI?"

Berapa ramai ulamak2 sekarang yg berani menyatakan bahawa Punca kpd segala punca ekonomi merudum adalah RIBA' dan manipulasi org2 Yahudi dan Nasrani?


Mon Apr 06, 2009 3:00 am
Profile
Explorer

Joined: Thu Feb 02, 2012 3:19 pm
Posts: 146
Has thanked: 0 time
Been thanked: 0 time
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
asralfarhi wrote:
Seperkara lagi, kalau nak ditanya:
"APAKAH PUNCA UTAMA KEMELESETAN EKONOMI DUNIA KINI?"

Berapa ramai ulamak2 sekarang yg berani menyatakan bahawa Punca kpd segala punca ekonomi merudum adalah RIBA' dan manipulasi org2 Yahudi dan Nasrani?


Bukan setakat Ulamak.. Pah Lah pun baru sedar pasal perkara ni... Tu yang dia pegi Mesir tu.. Salah satu tujuan untuk menggalakkan Perbankan Islam di Malaysia..

Baru sedar rupenye.. :roll:


Mon Apr 06, 2009 7:37 am
Profile
Explorer

Joined: Thu Feb 02, 2012 3:16 pm
Posts: 66
Has thanked: 0 time
Been thanked: 0 time
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
untuk orang biasa dan rakyat kebanyakan, cukuplah dengar ceramah dari ustaz zaharuddin kt atas tu..thanks to cooleo.. beranjaklah beramai2 ke arah perbankan islam..

but in reality, perbankan islam x jauh berbeza dari yang biasa@konvensional..
banking adalah benda paling kotor dan jijik kalau dikaji dengan mendalam..
in fact, theoritically, banking x akan pernah serasi dengan islam..hanya kerana ia sebagai intermediasi kewangan yang memudahkan urusan harian baru lah secara realistik ia diterima..
banking bukan berasal dari kapitalisma, tp kapitalisma dr keynesian school yang memasukkan banking dlm framework mereka..austrian school of economics menerima kapitalisma, tetapi menolak banking secara bulat.

banking berasal dari penipuan yahudi sejak berkurun. Nabi Isa jg dicatat dlm bible memerangi amalan riba yahudi..mereka digelar murabin (pengamal riba')

secara brief, banking adalah pengeluaran duit tanpa cost, created out of nothing, digelar Mandrake mechanisme oleh Edward Griffin dimana Mandrake adalah watak ahli magik dlm kartun2 komik tahun 40-50an..

duit dicipta oleh bank dan diperkenalkan kpd orang kebanyakan secara pinjaman..kemudian peminjam perlu membayar dengan caj interest sbg "harga" kepada duit yg dipinjam.
inilah yang diilustrasi kan dlm buku theft of nation, oleh Prof Kameel dari UIA
yg mana mereka (bankers) mencuri harta orang melalui pinjaman duit yg dicipta dari angin, kemudian peminjam terpaksa membayar dengan interest dari titik peluh mereka.. dan jika peminjam x dapat bayar atau defaulting, bank akan tarik harta dan aset peminjam sprt rumah dn kereta..
it is simple fraud and theft yet many cant see..inilah realiti banking..

ulama2 islamic finance mcm UZAR mmg tgh berusaha utk mengislamisasikan perbankan yang sgt kotor..secara general dan simple, perbankan islam adlh usaha mengislamkan penipuan.. but things are not black and white today..banking have become a world economic core system..
macam mane pun, sbg orang yang sedar, tp tak berdaya.. keep support islamic banking supaya kita boleh tenggelam kan conventional dlm masa yg same membersihkan kotoran2 riba dan penciptaan duit tnp cost..it takes many years to reform the whole banking..doakan saya antara pejuang islamic finance dan gold dinar.. saya akan graduate insyaAllah akhir tahun ni..


Mon May 04, 2009 7:15 am
Profile
Global Moderator
User avatar

Joined: Wed Jan 21, 2009 7:25 am
Posts: 4354
Location: Malaysia
Has thanked: 0 time
Been thanked: 14 times
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
Ini disebut oleh Sheikh Imran Hosein sebagai "back door Riba"!

Saya pun dah rasa sendiri...bila kena baru tahu...kita anggapkan kesemua produk Islamik banking ni cara perlaksanaannya 100% Islamik walhal hakikatnya pada nama sahaja, interest lagi tinggi pulak tuh!

Bagi saya, bank2 yg muamalah nya lengkap setakat yg saya dah berinteraksi, BANK ISLAM dan AL-RAJHI.


Mon May 04, 2009 7:47 am
Profile
Explorer

Joined: Thu Feb 02, 2012 3:19 pm
Posts: 146
Has thanked: 0 time
Been thanked: 0 time
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
Jawapan Ustaz Zaharuddin mengenai Perbankan Islam

http://www.zaharuddin.net/content/view/829/95/


Sun May 17, 2009 10:46 pm
Profile
Guest

Joined: Thu Feb 02, 2012 3:16 pm
Posts: 10
Has thanked: 0 time
Been thanked: 0 time
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
Salam_Alaik wrote:
untuk orang biasa dan rakyat kebanyakan, cukuplah dengar ceramah dari ustaz zaharuddin kt atas tu..thanks to cooleo.. beranjaklah beramai2 ke arah perbankan islam..

but in reality, perbankan islam x jauh berbeza dari yang biasa@konvensional..
banking adalah benda paling kotor dan jijik kalau dikaji dengan mendalam..
in fact, theoritically, banking x akan pernah serasi dengan islam..hanya kerana ia sebagai intermediasi kewangan yang memudahkan urusan harian baru lah secara realistik ia diterima..
banking bukan berasal dari kapitalisma, tp kapitalisma dr keynesian school yang memasukkan banking dlm framework mereka..austrian school of economics menerima kapitalisma, tetapi menolak banking secara bulat.

banking berasal dari penipuan yahudi sejak berkurun. Nabi Isa jg dicatat dlm bible memerangi amalan riba yahudi..mereka digelar murabin (pengamal riba')

secara brief, banking adalah pengeluaran duit tanpa cost, created out of nothing, digelar Mandrake mechanisme oleh Edward Griffin dimana Mandrake adalah watak ahli magik dlm kartun2 komik tahun 40-50an..

duit dicipta oleh bank dan diperkenalkan kpd orang kebanyakan secara pinjaman..kemudian peminjam perlu membayar dengan caj interest sbg "harga" kepada duit yg dipinjam.
inilah yang diilustrasi kan dlm buku theft of nation, oleh Prof Kameel dari UIA
yg mana mereka (bankers) mencuri harta orang melalui pinjaman duit yg dicipta dari angin, kemudian peminjam terpaksa membayar dengan interest dari titik peluh mereka.. dan jika peminjam x dapat bayar atau defaulting, bank akan tarik harta dan aset peminjam sprt rumah dn kereta..
it is simple fraud and theft yet many cant see..inilah realiti banking..

ulama2 islamic finance mcm UZAR mmg tgh berusaha utk mengislamisasikan perbankan yang sgt kotor..secara general dan simple, perbankan islam adlh usaha mengislamkan penipuan.. but things are not black and white today..banking have become a world economic core system..
macam mane pun, sbg orang yang sedar, tp tak berdaya.. keep support islamic banking supaya kita boleh tenggelam kan conventional dlm masa yg same membersihkan kotoran2 riba dan penciptaan duit tnp cost..it takes many years to reform the whole banking..doakan saya antara pejuang islamic finance dan gold dinar.. saya akan graduate insyaAllah akhir tahun ni..


Saya rasa...ALONG lagi dasyat..charge riba 2-3 kali ganda..! plus all the violent things that they do...it's scary to read what they can do to the borrower and his family...yet still people borrow from alongs...

Islamic finance is definitely the way to go...even though it is not perfect now...it is a positive move forward...

bro SalamAlaik, i pray you do well. I too am studying Islamic finance :D


Sun May 31, 2009 8:09 am
Profile
Traveler

Joined: Thu Feb 02, 2012 3:18 pm
Posts: 40
Has thanked: 0 time
Been thanked: 0 time
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
Assalamualaikum
Menurut saya sementara ini boleh kita dukung perbankan Islam untuk mengurangi peran bank konvensional. Tapi fikih tetap harus diluruskan. Dalam Islam sebetulnya tidak ada peran bank / intermediasi. Pinjaman hanya bisa diberikan tanpa bunga. Selain itu, merupakan investasi yang risikonya harus ditanggung bersama.
Intermediasi --> bank menyalurkan pinjaman dengan menggunakan dana orang lain dan memperoleh keuntungan dari hal itu. Fikih terutama dari kalangan Hanafiyah menyebut prinsip Al Kharaj Bi Al Damman. Jika seseorang mengharapkan laba maka tidak cukup dengan hanya memiliki modal, tapi harus diikuti dengan kemauan menanggung risiko.
Intermediasi bank melanggar hal ini.
Pada bank Islam pinjaman berbasis margin (murabahah) sangat dominan, hal ini jelas bertentangan. Satu-satunya jalan agar bank Islam sesuai fikih :
- Bank menyalurkan investasi dari modalnya sendiri
- Nasabah funding jika ingin memperoleh keuntungan boleh melakukan investasi, bank hanya sebagai broker yang mempertemukan dengan peminjam.
- Jika bank harus menyalurkan pinjaman, maka harus berupa pinjaman yang baik (qardhul hassan) dan tanpa bunga. Untuk mengcover pinjaman itu diperlukan dana wakaf masyarakat umum.

Jika bank Islam berjalan secara sesuai syariah tanpa pinjaman berbasis margin, maka bisa mengurangi uang beredar dan menekan inflasi. Selain itu sistem bank sentral saat ini tidak sesuai dengan bank Islam, karena kontrol uang beredar dilakukan melalui instrumen bunga.


Tue Jul 14, 2009 12:13 am
Profile
Guest

Joined: Thu Feb 02, 2012 3:18 pm
Posts: 14
Has thanked: 0 time
Been thanked: 0 time
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
salam. Cakap pasal riba. Ramai yang tak dapat lari. Tempias mesti ada. Cuma satu je. Kita boleh mengurangkan dan menghidarkan. Kita dalam masyarakat majmuk inilah hakikatnya. Kita sebenarnya tak digalakkan berhutang. Tapi biasalah kita manusia biasa punya keinginan luar biasa. Saya lepas dapat kerja terus buat pinjaman kereta dan pakai kad kredit. Tak pikir langsung pasal riba ni. Bertahun-tahun la pakai kad kredit riba ni. Tapi akhirnya sambil beratur nak bayar hutang. Terlintas dalam fikiran " aku ni serupa je macam non muslim beratur sesama mereka. Aik kalau mati aku tak nak satu baris pulak dengan dia orang ni" Saya berazam tidak memakai kad kredit lagi. Sekarang ini ok je. Kita yang menentukan nasib masa depan kita. Dan kena terang kepada anak-anak. Moga generasi akan datang akan dapat mengubah sistem ini. Pemimpin bertanggungjawab di dalam melaksanakan sistem ini. Loan saya tukar kepada Bank islam walaupun bank konvensional sedia ada juga guna islamic loan. Saya takut. Insyuran pun serupa. Dari bank konvensional saya cancelled semua insyuran anak-anak saya. Biarlah tak mewariskan harta yang banyak daripada mewariskan sesuatu yang ada unsur riba di dalamnya. Yang dalam kubur gak merana. Banyak yang kita nak buat. Tapi nak sempurna mungkin tak dapat. Rahmat Allah yang dapat diharapkan untuk mengemudi hidup ini. Belas kasihan dia lah yang kita harapkan dalam menunjuk kita Jalan Yang Lurus itu. HArap mencontohi yang baik-baik dalam hidup. Kita kena hidupkan Quran di hati. Barulah Allah swt akan mencorak hidup kita.Wasalam


Thu Aug 13, 2009 8:56 pm
Profile
Guest

Joined: Thu Feb 02, 2012 3:17 pm
Posts: 14
Has thanked: 0 time
Been thanked: 0 time
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
Disebabkan PTPTN saya terlibat dgn riba. Dulu student mana tau :(
Sekarang account kat bank conventional semua tutup. Betapa senangnya kita terlibat dgn riba kan?


Thu Oct 08, 2009 1:16 am
Profile
Traveler

Joined: Thu Feb 02, 2012 3:21 pm
Posts: 31
Has thanked: 0 time
Been thanked: 0 time
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
Salam,

Semua sistem bank tertakluk kepada ketua bank, iaitu Bank Negara... yang mana dikuasai yahudi... Bank Islam pula hakikatnya lebih berganda mengenakan riba kerana mengira keseluruhan riba bagi tempoh 30 tahun dan melabelkannya sebagai "jual-beli" untuk dilabelkan sebagai Harga Jualan.

Hasilnya? Malaysia lebih cepat menjadi bankrup apabila bank Islam beroperasi...

Oleh itu, lupakanlah cita-cita menguasai dunia perbankan dan berpijaklah pada dunia yang nyata... Jika bot kecil jangan bermimpi menangkap ikan di laut dalam.... Yahudi bukanlah bodoh membiarkan Islam menguasai perbankan, kecuali mereka telah mengatur strategi dan memperbodohkan ummah seperti keldai dengan membuat bank yang bertujuan menjadi agen untuk menyesatkan dan menjatuhkan Islam.

Kini adakah anda benar-benar sedar matlamat mereka?

Matlamat mereka ialah untuk 100% membankrupkan negara dan umat Islam. Pada awalnya mereka memperdaya dengan memberikan kita kertas kosong, dan mereka mengambil emas, sehinggalah semua emas di tangan mereka. Kini? Kini mereka memperdaya dengan memberikan kita kertas kosong, dan berusaha memonopoli tanah, bangunan dan segala aset dunia.... (termasuklah minyak dan segala sumber alam, kesemuanya melalui sistem perbankan)

Siapakah agen mereka? Tidak lain dan tidak bukan, perbankan Islam dan bank lainnya.... siapakah yang menjadi agen mempengaruhi umat Islam? Ulama Perbankan, Kerajaan dan Media!!

Kesemua ini akan tercapai kerana tuntutan kembali bayaran wang riba yang berganda-ganda tidak dicipta di dalam ekonomi.... Ini sudah terjadi di Amerika, dan tidak lama lagi akan berlaku di Malaysia (setiap bayi yang lahir hari ini telah berhutang $16,000 kerana hutang negara, dalam erti kata lainnya Malaysia telah bankrup dan tidak lagi mampu melangsaikan hutangnya! Apa yang akan tergadai atau memasuki Bretton Wood Agreement II pada 2013?)


"...jihad kembalikan kertas kosong kepada mereka, dan emas kepada kita (reverse process)..."


Keputusan ditangan kita untuk memilih dengan siapa anda mahu beriman.... Ulama Perbankan (agen Yahudi)? Rasulullah SAW?

Quote:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: telah bersabda Rasulullah saw.; “…Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali…” (HR al-Baihaqi)


Mereka ini bersembunyi dengan luaran, tetapi apa yang terkandung di dalam hati akan terbongkar juga tanpa disedari.... Di bawah ini UZAR memperli sandal Rasulullah SAW macam jet.



Quote:
"...Contohnya Nabi memakai selipar, (itu adalah) sunnah...tapi Nabi tidaklah arahkan semua umat Islam pakailah selipar macam selipar aku, yang bentuknya macam jet... ada? Tiada.. Kita yang pandai2 cakap nabi punya sunnah (adalah) pakai sandal, sandal Nabi bentuknya macam jet..."


Apa tujuannya dengan membuat perbandingan ke atas Rasulullah SAW secara menghina? Apa tujuan menyatakan sandal Rasulullah SAW macam jet? Nak buktikan ada sunnah yang bodoh, dan ada sunnah yang cerdik? Selipar dan kasut orang Yahudi dan Nasara itu mulia dan tidak macam jet? Adakah terdapat sunnah yang bodoh di dalam diri Rasulullah SAW ada sunnah yang bodoh ker? Di bawah ini gambar selipar macam jet? Lawak?

Image


Last edited by Anonymous on Wed Feb 02, 2011 7:50 pm, edited 15 times in total.



Sat Jan 29, 2011 7:35 pm
Profile
Guest

Joined: Thu Feb 02, 2012 3:19 pm
Posts: 4
Has thanked: 0 time
Been thanked: 0 time
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
saya bekerja di sebuah bank, apa uang yang dapat sebagi gaji bulanan saya termasuk dalam kategori uang riba??? :?: :?:


Wed Feb 02, 2011 11:36 am
Profile
Traveler

Joined: Thu Feb 02, 2012 3:21 pm
Posts: 31
Has thanked: 0 time
Been thanked: 0 time
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
Di bawah video dan pautan mengenai bekerja di bank:



http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id84.html
http://luk.staff.ugm.ac.id/kmi/islam/Qa ... iBank.html

Banyak juga pendapat lain tetapi sekadar pendapat diri, cubalah sedaya upaya berpegang kepada ayat yang jelas... lebih selamat, dan peluang pasti ada (rezeki setiap orang telah ditetapkan, kita hanya perlu yakin, sabar dan melaksanakan ibadah):

Quote:
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran; Al-i-’Imran:7


Kenapa? Sanggupkah kita "memperjudikan" kehidupan di hari akhirat, dan hanya setelah kematian baru menyedari kita telah tersalah arah?




Wed Feb 02, 2011 4:32 pm
Profile
Guest

Joined: Thu Feb 02, 2012 3:19 pm
Posts: 20
Has thanked: 0 time
Been thanked: 0 time
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
Salam. Mohon penjelasan tentang riba dalam kad kredit. Adakah dikira riba walaupun pembayaran dilakukan sebelum tempohnya?


Thu Feb 03, 2011 7:44 am
Profile
Traveler

Joined: Thu Feb 02, 2012 3:21 pm
Posts: 31
Has thanked: 0 time
Been thanked: 0 time
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
How to Islamize bank + capitalsim + secularism? Impossible....


Fri Feb 04, 2011 1:51 am
Profile
Global Moderator
User avatar

Joined: Wed Jan 21, 2009 7:25 am
Posts: 4354
Location: Malaysia
Has thanked: 0 time
Been thanked: 14 times
Unread post Re: Riba' - Tahukah Anda?
kibodo wrote:
How to Islamize bank + capitalsim + secularism? Impossible....


I second that motion, it's like trying to Islamize Riba' like mixing oil + water [bank is Riba' central; they issue all the FIAT/Funny Money]

The Khilafah did not have banks.....only Baitul Mal.


Fri Feb 04, 2011 4:51 am
Profile
Display posts from previous:  Sort by  
Reply to topic   [ 22 posts ]  Go to page 1, 2  Next

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot post attachments in this forum

Search for:
Jump to:  
Powered by phpBB® Forum Software © phpBB Group
Wake Up Project Copyright 2013 All Rights Reserved

phpBB SEO
Wake Up Project

Like us on FaceBook!